Bengkel "Social Media Development & Marketing" oleh My Coursez Consultant




Berkenaan dengan bengkel anjuran My Coursez Consultant iaitu Social Media Development & Marketing yang dimiliki oleh aku sendiri company ini. Melalui MCC, pada tahun 2012 beberapa siri kelas/bengkel telah aku anjurkan bersama dengan beberapa badan kerajaan seperti Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda cawangan Klang.

Sebelum ini aku banyak memfokuskan kepada golongan belia dan pertengahan tentang penggunaan dan juga pembangunan sesebuah medium itu. Seperti mengajar membuat laman blog dan mini-site yang lain. 

Sekarang aku kembangkan lagi tahap dengan membuka secara terbuka iaitu sasaran yang lebih besar seperti business owner, pegawai pemasaran, yang baru hendak mengenali pemasaran online melalui social media dan lain-lain level dan position yang berkait rapat dengan bidang pemasaran.


Mensasarkan hanya 35 orang sahaja untuk bengkel kali ini. Ini kerana jika terlalu ramai, objektif dan penyampaian informasi itu kurang berkesan. Walaupun dalam size sederhana kecil, kita mahukan impak yang nyata dan jelas.

Bagaimana impak yang jelas itu?

Oleh kerana yang bakal datang kebanyakkan adalah business owner dan juga pegawai pemasaran, impak yang berkesan bila mana business networking boleh di kembangkan di dalam bengkel ini nanti. Aku yakin dengan adanya platform sebegini mampu untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang kita ada.

Selain itu, apa peserta dapat dari bengkel ini?

Aku akan berikan "kunci" kepada semua peserta. sama saja kunci yang aku berikan untuk memandu sebuah kereta. Tetapi, bagaimana anda untuk memandu itu terpulang kepada korang. Bermakna, aku akan menerangkan bagaimana dan apakah cara yang sesuai dalam pemasaran internet yang dijanakan melalui social media.

Jika sudah mahir, aku TIDAK galakkan untuk datang kerana sasaran adalah kepada yang BARU dan memerlukan pemahaman yang LEBIH untuk pemasaran online. Pelaburan RM100 cukup untuk korang mengaut segala ilmu yang dicurahkan oleh penceramah utama dan juga penceramah jemputan.

Jika mahukan butiran lanjut, boleh lawati blog MCC disini:

Promosi untuk bengkel ini, jika korang datang bersama group seramai 5 orang, harga untuk seorang adalah RM80 SAHAJA. Ini untuk pendaftaran dan pembayaran yang TERAWAL (sehingga 2 Februari!)

Borang pendaftaran online boleh diisi disini: MCC FORM

Jumpa korang di PKNS Biz Point 24 Februari ini. PASTIKAN korang peserta TERAWAL dalam bengkel tersebut!

speaker utama: Shahrul Shaharuddin (sini)



Share this:

2 comments:

azieazah said...

Bagus la, sekarang banyak peluang untuk menambah ilmu dalam bidang media sosial.

All the best!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

@azieazah

Betul tu kak, tak macam time kita dulu kan.. huhu zaman dah makin maju, so bengkel juga kne maju seiring dgn zaman..

thanks kak! =)