Hari ini P14G tidak begitu stabil. Dari tadi aku tunggu untuk connect to Internet, tapi sia-sia saja menunggu. Lalu aku halakan tetikus membuka MS Word dan write up di dalamnya. Pertama kali aku
Berkenaan dengan bengkel anjuran My Coursez Consultant iaitu Social Media Development & Marketing yang dimiliki oleh aku sendiri company ini. Melalui MCC, pada tahun 2012 beberapa siri kelas/bengkel telah aku anjurkan bersama dengan beberapa badan kerajaan seperti Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda cawangan Klang.
Sebelum ini aku banyak memfokuskan kepada golongan belia dan pertengahan tentang penggunaan dan juga pembangunan sesebuah medium itu. Seperti mengajar membuat laman blog dan mini-site yang lain.
Sekarang aku kembangkan lagi tahap dengan membuka secara terbuka iaitu sasaran yang lebih besar seperti business owner, pegawai pemasaran, yang baru hendak mengenali pemasaran online melalui social media dan lain-lain level dan position yang berkait rapat dengan bidang pemasaran.