Tazkirah Jumaat: Tentang Taqwa by shahrul hairy



Aku berjumpa kawan di Makbul restoren. Selepas urusan selesai, tanggungjawab melaksanakan Solat Jumaat dilakukan di Masjid Al-Ittisam, TTDI seksyen U2 Shah Alam kerana berhampiran dengan restoren tersebut.


Aku berkira, aku datang awal. Sempat mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Riduan Mohammad Nur yang tertera pada layar pancar. Ya, sekarang masjid menggunakan slide multimedia untuk memberi gambaran jelas kepada para jemaah yang hadir.


Ustaz menyentuh tentang "Taqwa"


Dengan penyampaian separa santai, ustaz banyak menekankan betapa ramainya yang sudah lalai dengan agama Allah. Cukup jika dipandang kepada golongan belia. Dikatakan, sebanyak 80% belia di negara ini tidak menunaikan solat. Baru 1 bab, tetapi huraian dan penceritaan yang panjang tidak membosankan jemaah yang mendengarnya.


Malah, ada yang tunduk & mengalir airmata.


Barangkali mengenangkan anak-anak ataupun saudara-mara yang "hilang punca" dan jauh dari landasan asal. itu telaah aku saja. Mungkin ada yang lain hal. Di dalam khutbah juga ustaz menekankan hal yang sama seperti pada awal tazkirah.


Antara intipati:-


1) Pencerahan tentang apa itu Taqwa yang sebenar?
2) Penceritaan sahabat nabi iaitu Sa'bah bin Abdurrahman, bagaimana taqwa yang tinggi kepada Allah.
3) Pemimpin yang tepat untuk memimpin rakyat.
4) Cara mendapatkan taqwa yang berkesan.
5) Mensucikan hati yang kotor


Aku tertarik dengan penceritaan tentang sahabat nabi iaitu Sa'bah. Kerana TERlihat aurat wanita, dia telah menangis dia atas bukit kerana kejadian itu. Mengatakan, dia telah jatuh pada golongan yang fasiq. Masyaallah.


Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kalian. As salam...

Share this:

0 comments: