SHBN Group: Bloggers Group? by shahrul hairy



Cetusan idea untuk membentuk satu group bloggers yang berorentasikan perniagaan yang serius sejak awal tahun Oktober 2010. Boleh baca posting aku kat SINI.


Pada 19 Jan 2012, aku ada buat iklan pasal pencarian bloggers di bawah group SHBN. Alhamdulillah, target untuk 4 bloggers sudah jumpa dan blogger-blogger yang datang itu aku cukup yakin dengan komitmen yang bakal diberikan. Insyaallah.


Ramai yang seakan-akan blur, tak paham apa benda SHBN tu, apa fungsinya, kenapa perlu group dan bermacam-macam lagi persoalan yang timbul selepas aku membuat announcement tentang pencarian bloggers tempoh hari.


Bagi aku senang saja. Ini adalah berkaitan dengan bisnes. Maka, jika berkaitan dengan WANG, komitmen adalah no.1 bagi aku. Setiap bloggers yang bernaung di bawah SHBN group mampu meng-update posting dalam masa 24 jam selepas event berlangsung.


Bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang kan?


Sikit masa lagi, aku bakal perkenalkan bloggers yang berada di posisi SHBN group. Tak ramai, aku mahukan kualiti. Aku mahukan bloggers yang aku boleh percaya, yakin dan paling penting adalah komitmen yang tak berbelah bagi untuk SHBN.


Untuk projek pertama: SHBN group bersama group bloggers yang lain akan menghadiri press conference untuk salah satu program terkenal di kaca tv RTM. Nantikan update terbaru dalam blog www.shahrulhairy.com untuk majlis tersebut.


See ya!

Share this:

0 comments: