Apa yang menarik di sekitar Bandar Klang? by shahrul hairy
Update #1 untuk tahun 2012.
Maaf. Agak lama blog APWiL tidak ber-update. Gara-gara penumpuan 50% terhadap blog baru yang baru diwujudkan (My Coursez) menuntut lebihan masa untuk kerja-kerja mengumpul,mencari dan sebagainya.
Agak-agak apa yang best pasal Klang eh? Ada komen pasal Klang?
Bagi aku yang dah duduk sekitar 9 tahun di daerah Klang, bandar yang mana dahulu banyak ladang-ladang kelapa sawit (estet) di sebelah selatan sudah diganti dengan pembangunan yang pesat.
Sebut saja Bandar Botanic, Bandar Puteri, Bukit Tinggi (tempat aku) semuanya membangun. Di bahagian timur pula terdapat prasarana yang baru untuk berniaga di Harbour Place.
Bagi mereka yang berniaga, untuk mencari barang secara borong/pukal boleh didapati di General Market (GM) yang menawarkan pelbagai barangan seperti baju, aksesori seperti gelang&cincin, wangian dan macam-macam lagi.
0 comments:
Post a Comment