Tiga anggota polis didakwa rogol wanita Indonesia ditahan reman


KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang minggu lalu sudah ditahan reman, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. 

Beliau berkata, kementerian memandang serius kes itu yang didakwa berlaku pada jam 7 pagi di Perai, Jumaat lalu. "Kementerian telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah pada hari kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

"Dan dimaklumkan tiga anggota polis terbabit ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, laporan siasatan yang lengkap akan dikemuka kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut. 

Menurutnya pihak polis turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas ditubuh bagi menyiasat kes itu secara telus. 

"Kementerian akan terus menyusul perkembangan kes ini dengan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara ini," katanya. 

sumber: Berita Harian

***************************************

Aku seakan tak percaya laporan media yang dilaporkan seperti diatas. Tetapi JIKA benar pegawai polis yang terbabit bersalah, maka tindakan undang-undang kena diambil. Kebenaran tetap kebenaran! Dan keadilan juga tetap ditegakkan!

Ini satu pengajaran pada yang lain juga...

gambar hiasan: Google

Share this:

0 comments: