10 perkara Orang Islam dan Bukan Islam dari Nabi Muhammad SAW by shahrul hairy


Artikel ini di kopipes pointnya dari blog "TakUsahRisau"


Sesungguhnya, peraturan dasar dalam ajaran Islam benar-benar tidak dipengaruhi oleh mana-mana agama terdahulu samaada Yahudi, Kristian, Majusi mahupun Paganisme sepertimana yang sering diperkatakan oleh pakar-pakar orientalis barat. 

Namun, sebagai salah satu agama samawi, Islam tidak boleh lari daripada mengungkap berkenaan tauhid(monotheisme) sepertimana ajaran-ajaran agama samawi yang lain. Jesteru itu, di bawah adalah beberapa perbezaan ketara antara Penganut Islam dan Bukan Islam yang mana menjadi sempadan jelas antara dua golongan ini:


Gambar hiasan

1#-Larangan Rasulullah saw terhadap umatnya daripada menggunakan loceng sebagai seruan solat pada zaman awal Islam kerana ia menyerupai cara puak Yahudi dan Kristian. Seruan Azan akhirnya digunakan oleh Rasulullah saw berdasarkan mimpi yang dialami oleh salah seorang sahabat baginda. (Shahih Sunan Abi Dawud, no. 498)

2#-Larangan Rasulullah saw daripada mengerjakan solat pada waktu matahari terbit dan waktu ia sedang terbenam kerana ia adalah waktu sujud golongan penyembah matahari.(Shahih Muslim, no. 832)

3#-Larangan Rasulullah saw daripada  menjadikan perkuburan para Anbiya’ dan Shalihin sebagai tempat ibadat kerana yang demikian itu adalah amalan golongan Yahudi dan Kristian.(Shahih Muslim, no. 530-532)

4#-Larangan Rasulullah saw daripada bersolat berbungkus sehelai kain tanpa mengilasnya di tempat kilasan kerana yang demikian itu adalah perbuatan golongan Yahudi.(Shahih Sunan Abi Dawud, no.635)

5#-Suruhan Rasulullah saw untuk memakai selipar atau khuf(yang terjamin sucinya) ketika melaksanakan ibadat solat adalah kerana golongan Yahudi tidak mengharuskannya. (Shahih Sunan Abi Dawud, no.652)

6#-Larangan Rasulullah saw daripada duduk bertongkat dengan tangan kiri dalam solat kerana yang demikian itu adalah cara duduk puak Yahudi.(Mustadrak al-Hakim, lihat: Jilbab al-Mar’ah,hal:175)

7#-Peringatan Rasulullah saw terhadap umatnya supaya bersahur apabila berpuasa kerana golongan Ahli Kitab berpuasa tanpa bersahur.(Shahih Muslim no.1096)

8#-Saranan Rasulullah saw terhadap umatnya supaya menyegerakan berbuka puasa kerana golongan Ahli Kitab melewatkannya.(Musnad Ahmad)

9#-Saranan Rasulullah saw supaya umatnya berpuasa Asyura(10 Muharram) iaitu sebanyak dua hari, hari ke-9 dan hari ke-10 kerana golongan Ahli Kitab berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja.(Shahih Muslim no.1134)

10#-Saranan Rasulullah saw supaya jemaah haji bergerak daripada Mudzalifah ke Mina sebelum terbit matahari kerana golongan Musyrikin lazimnya bergerak selepas matahari terbit sehingga sinarnya melepasi puncak Bukit Thubair di Mekah.(Shahih Bukhari no. 3626)

Original source: TakUsahRisau


Share this:

0 comments: