(NEW FILM) 29 Februari terbitan KRU STUDIOS by shahrul hairy

sumber gambar: HERE

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung? 

Saksikan sebuah lakonan mantap Remy Ishak sebagai Budi, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.- Sumber: HERE

Utusan Malaysia review: 29 Februari filem 3D Melayu pertama


Share this:

1 comments:

Unknown said...

suka tgk lakonan remy ishak!
nak g tgk la nanti