Kenapa usahawan perlu tahu tentang pemasaran online? by shahrul hairy



Hari ini P14G tidak begitu stabil. Dari tadi aku tunggu untuk connect to Internet, tapi sia-sia saja menunggu. Lalu aku halakan tetikus membuka MS Word dan write up di dalamnya. Pertama kali aku meng-update dalam keadaan offline!



Aku banyak membaca PDF tutorial dari awal pagi tadi. Begitu jugak dengan video dalam Youtube. Kebanyakkan bahan pembacaan aku mengenai dunia blogging dan juga business. 2 genre yang jauh berbeza tetapi sangat dekat dengan seorang usahawan.


Dunia sekarang sudah berubah. Perniagaan juga berubah. Baik dari segi pemasaran, kualiti produk, sasaran pelanggan dan sebagainya. Kalau dulu kita melihat cara pemasaran secara tradisional banyak menumpukan kepada media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan sebagainya. Apa halnya pula dengan kaedah pemasaran yang baru?

Ia dipanggil “Social Media Marketing” (SMM)

Kaedah pemasaran SMM adalah menggunakan fundamental dalam talian seperti Blog, Facebook, Twitter, Linken In, Youtube dan beribu-ribu lagi social media yang ada di dalam talian. Aku hanya memetik beberapa nama saja dan kalau nak diikutkan,  5 elemen ini sudah cukup kuat untuk mengukuhkan jenama (branding) perusahaan anda.

Kerjaya sampingan baru: Pengurus Rangkaian Media Sosial (PRMS)

Share this:

0 comments: