Home
random
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts
Dah sejam. Tak terbuat-buat lagi mende yang perlu aku kena siapkan. Tinggal nak siapkan slideshow gambar kahwin je. Lagu OST Seindah Sakura aku pakai. Memang senoneng mood lagu ni. pakai je lah.
Jari buat mende lain, mata lihat benda lain & otak fikir mende lain! Ya Rabb, terlalu banyak kerja dah ni, mampukah?
*tekup muka*
Semoga dimudahkan.. Ameen!
Pejam celik pejam celik aku dengar lagu ni. Entah macam mana aku boleh ingat lirik dia tiba-tiba, lantas aku bertanya pada nienashah, lepas tu tap! jari-jemari dengan pantas menekan kekunci judul lagu itu.
Ku relakan dikau pergi.
Lagu jiwang tahap karat punya. Walaupun aku tak karat macam jiwang, tapi tah, aku suka pulak mendengar. HAHA!
Layankan je mood ni. Enjoy!
Lirik Lagu Ku Relakan Kau Pergi : OkayIndahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku
Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita
Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan
Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku
Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku
Teringin nak ada kerja masa yang fleksibel, tak terkejar-kejar dengan kesesakan lalu-lintas ke pejabat dan yang lebih menyeronokkan, kerja yang dibuat disebabkan minat yang mendalam terhadap pekerjaan yang dilakukan.
Contohnya dalam bidang Social Media Manager.
Apa ada dengan sosial media? siapa yang layak menjadi orang-orang ini? yang punyai degree dalam bidang penyiaran? animasi? seni layar? Jawapannya BUKAN sama sekali.
Bagi aku, menjadi seorang pengamal media baru, kunci utama menjadi seorang pengurus sosial media adalah "passion". Kenapa?
Setakat mempunyai ilmu yang tinggi, belum cukup kuat untuk aku katakan, mereka sudah cukup handal dalam bab-bab media baru ini. Ada yang sanggup belajar dari ZERO semata mahu mendapatkan slot di dalam media baru.
Passion yang tinggi serta keyakinan serta tabah dalam meneruskan "kehidupan" sebagai pengurus sosial media sangat-sangat diperlukan. Aku akui, perkara utama yang menjadi halangan kerana ada sifat 'M' (malas).
Tidak menjadi apa lah, jika ada unsur "malas". Fikir-fikirkan... =)
proud to be Social Media Manager in Malaysia
Syukur alhamdulillah, sekarang rezeki dari Allah sentiasa mengalir. Berkat dari doa seorang hamba pacal lagi hina ini meminta sedikit rahmatMu ya Rabb. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan pemberianMu ;')
Yup! sekarang agak kebizian dengan beberapa projek advertising. Aku dah mula mengorak setapak lagi ke hadapan dalam bidang blogging ini dengan "menjual" reputasi blog-blog yang aku kelola untuk company-company yang berminat mahu mengiklankan di dalam blog (social media)
Setakat ini ada 2 projek yang sudah sah kan untuk menggunakan khidmat aku. Aku memberi perkhidmatan men-develop blog untuk company-company ini dan seterusnya membuat marketing juga. Maknanya aku grab 2 tugasan iaitu develop blog untuk company & membuat advertising tuk mereka. 2 bayaran yang berbeza =)
Terima kasih Allah...
Yup! sekarang agak kebizian dengan beberapa projek advertising. Aku dah mula mengorak setapak lagi ke hadapan dalam bidang blogging ini dengan "menjual" reputasi blog-blog yang aku kelola untuk company-company yang berminat mahu mengiklankan di dalam blog (social media)
Setakat ini ada 2 projek yang sudah sah kan untuk menggunakan khidmat aku. Aku memberi perkhidmatan men-develop blog untuk company-company ini dan seterusnya membuat marketing juga. Maknanya aku grab 2 tugasan iaitu develop blog untuk company & membuat advertising tuk mereka. 2 bayaran yang berbeza =)
Terima kasih Allah...
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
sumber: Google
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.
Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Original post: Facebook user
Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika
Sholawatullah alaika
Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau pelita yang gelap jiwa
Engkau kekasih yang di damba setiap wajah
Engkau Muhammad Ya Rasullallah
Allahumma Shalli alla Muhammad
Ya Rabbi Shalli alaihi wassalim
Ya Nabi Allah pelita hatiku
Penerang jiwa cahaya mataku
Ya Nabi salam alika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alika
Sholawatullah alaika...2x
Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau Muhammad Ya Rasullallah
Ya Nabi salam alaika Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika Sholawatullah alaika... 4x
lirik: HERE
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)