Program Pendaftaran PATI
1. Kerajaan memulakan Program Pendaftaran Pekerja / Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P bermula pada hari ini 1 Ogos 2011 (Isnin)
dengan Pendaftaran PATI.
2. Rasional pelaksanaan Program 6P adalah untuk mendapatkan rekod jumlah PATI yang ada di dalam negara.
3. Data PATI yang lengkap diperlukan bagi memudahkan proses menjadikan
PATI yang ingin bekerja di Malaysia diregularisasikan menjadi pekerja asing
yang sah mengikut keperluan daripada industri yang masih kekurangan
tenaga kerja terutamanya pekerja asing.
4. Tindakan ini juga membolehkan majikan faham agar mengambil PATI bekerja adalah melanggar perundangan dan mereka boleh dikenakan hukuman yang berat.
5. Sebilangan PATI yang mendaftar juga ingin pulang ke negara asal dan
Kerajaan memberikan kebenaran untuk mereka pulang dengan syarat
mempunyai dokumen perjalanan dan tiket pulang sendiri.
6. Rekod yang lengkap sangat penting bagi memastikan agensi
penguatkuasaan dapat memantau keberadaan warga asing terutamanya
pekerja asing agar mereka diberikan layanan yang baik tanpa menimbulkan
kritikan terhadap negara kerana membiarkan pekerja asing diperlakukan
dengan cara tidak adil oleh majikan, sepertimana majikan juga perlu
diberikan jaminan agar pekerja asing tidak boleh bertindak sendiri tanpa
melalui proses perundangan.
7. Pelaksanaan Pendaftaran PATI pada hari ini akan diadakan di lokasi yang
dioperasikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di setiap negeri dan di lokasi
yang dibuka oleh Syarikat Pengurus.
8. Sebanyak 336 buah Syarikat Pengurus telah dilantik bagi maksud membantu Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelaksanaan Pendaftaran PATI.
9. Syarikat Pengurus beroperasi hanya dengan pemantauan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia menggunakan sistem yang sama di kaunter-kaunter Jabatan Imigresen Malaysia. Kerjasama antara Jabatan dan Syarikat adalah sangat penting di dalam memastikan pelaksanaan pendaftaran berjalan lancar.
10. Sehingga jam 9 pagi ini, 1 Ogos 2011, kaunter pendaftaran dibuka di pejabat-pejabat Imigresen negeri di Semenanjung Malaysia. Kedudukan pengesahan lokasi Syarikat Pengurus yang telah dimaklumkan kepada Kementerian adalah seperti berikut: [ref: HERE]
p/s: Update ala style Che Det. Peace!