Ada yang berpendapat, SEO tidak perlu dalam penulisan blog lagi-lagi blog personal. Aku tidak paham dan tidak mengerti sama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan "blogger tanpa SEO" ini?
Pendapat aku yang bukan blogger utama dalam kedudukan carta billboard, pengertian aku adalah tanpa SEO blog itu akan "mati" atau bahasa lebih indahnya "berkubur" tanpa bilangan UNIQUE VISITOR yang memberangsangkan dan PAGEVIEW yang amat lah sedikit.
Jika bilangan FOLLOWER dalam blog lagi-lagi menggunakan Google Friend Connect menjadi ukuran sesetengah pegawai marketing department, aku rasa itu tidak cukup melayakkan seseorang itu menjawat jawatan "marketing officer" kerana banyak faktor lain yang dapat menentukan "ke-power-an" blog tersebut.
Alexa rank mungkin?
Lebih tajam dan tepat, Google Analytic! Yang ini patut mereka lihat dan nilai. Mungkin secara "kasar" atau main pukul rata yang mana blog punyai follower 10ribu ke atas, menjadi sasaran pengiklan-pengiklan untuk meletakkan iklan.
Berbalik pada tajuk utama, SEO merupakan 1 mekanisma dalam berblogging. Tiada apa yang salah dengan menggunakan tools ini melainkan jika menggunakannya secara keterlalu. Contoh?
Contohnya, kalau blog korang tulis pasal Pemancing Ikan di Malaysia, tapi tajuk atau tittle post semua main word "XXX" atau "porn" seperti "Tetek Ikan Tersembul" tak pun "Lurah Punggung Ikan Mayong" lebih kurang la. Kang lelebih kaa aku main SEO plak!
Fikirkan ya? cheers!