Sabtu yang normal by shahrul hairy


Normal? Haah. Biasalah hari cuti. Semorang duduk kat rumah. Ade lebih duit, lepak kat luar rumah. itukan normal? hehe. Semalam, aku sempat lakukan aktiviti kegemaran aku dalam bilik. Belek buku A Doctor In The House (Tun M)

Best. Tapi slow.

Kenapa? aku beli versi English punya. Sebab masa aku nak beli, versi Melayu dah tak ada. Yang ada stok cuma English. Masa tu dapat BR1M pulak, ape lagi. Beli aje lah.

Dah lama simpan baru habis baca chapter 1. Bagus tajuknya. Bagaimana Tun M jadi Perdana Menteri. Sebelum Tun M, Tun Hussein adalah PM no.3. Semorang tahu hal tu.

Tun M ceritakan, bagaimana idea-idea yang dibentang kepada Tun Hussein di reject. Hampa jugak katanya. Yelah, sape tak hampa bila bentang kat boss, tapi tak diterima kan?

Tun M dapat jadi PM ke-4 setelah Tun Hussein tak boleh nak teruskan perjuangan sebab atas kesihatan yang tidak mengizinkan. Dalam UMNO, seperti Tun M kata, siapa dapat menjadi Timbalan dalam UMNO, automatik dapat jadi Timbalan dalam kerajaan.

Banyak lagi aku belum baca. Ada 61 bab lagi. Hari ni habiskan bab 2 pulak. Sementara masa masih ada =)



Share this:

0 comments: