Nak memiliki sebuah empayar besar perniagaan lebih-lebih lagi dalam bidang IT dan Network, bukan satu kerja yang mudah. Aku yakin dengan bakat dan pengalaman yang luas dapat memberikan penjanaan idea dan wang yang kukuh. Begitu juga hal nya dengan Facebook.
Bagaimana Facebook bermula?
Aku pasti ramai antara kalian semua yang menonton filem "The Social Network" kan? Filem yang diadaptasi dari kisah sebenar Mark Zukerberg yang membangunkan satu laman sosial yang mana, penjanaan idea masa itu adalah untuk melihat, wanita-wanita yang mana lebih cantik di antara Universiti antara kalangan mereka.
source: Google Image
Bagi usahawan, tak kira apa bidang sekalipun, perlu ada langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan untuk mengembangkan business korang ke tahap tinggi. Apa dia?
1) Idea yang menarik dan tidak streotype. Biasanya bila dah ramai yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama, apa yang boleh kita bersaing? Kualiti! Dengan kualiti, kita mampu bersaing dengan penjual yang lain
2) Channel Distribution. Kalau kita mampu untuk mengeluarkan produk sendiri, apa yang ditekankan adalah laluan untuk pengedaran produk kita. Adalah tidak strategik jika kita tidak memikirkan bagaimana cara untuk memasarkan dan megedarkan produk yang kita hasilkan.
3) Pemasaran online. Pemasaran online sekarang telah dimudahkan oleh Facebook dan ini peluang terbesar yang boleh digunakan oleh peniaga dan pengusaha untuk memasarkan produk di dalam online.