Peniaga Online kena berdaftar dengan SSM, kalau tak denda RM50 ribu!
Hasan Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, hukuman selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 itu adalah bagi melindungi hak pengguna serta membendung aktiviti yang cenderung ke arah penipuan.
Kata beliau, penguatkuasaan tersebut juga dilihat dapat memanfaatkan golongan peniaga terutama apabila pengguna berasa yakin terhadap produk yang dibeli serta transaksi jual beli melalui online yang akan dilaksanakan.
Sehubungan itu, tegasnya, kementerian tidak akan berkompromi dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap golongan peniaga tidak berdaftar kerana tempoh untuk memberi amaran sudah lama berlalu.
“Perkara itu bagi memastikan kita dapat membantu melindungi pengguna dan peniaga. Kita buat ini bertujuan mempertingkatkan kepercayaan pengguna terhadap transaksi jual beli melalui online.
“Ini kerana kerisauan utama yang membendung pengguna adalah soal keselamatan sewaktu membuat transaksi jual beli melalui online.
“Kalau peniaga online tiada rujukan atau pendaftaran syarikat, kalau ada apa-apa berlaku nanti, susah untuk kita mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran SSM-ONE 2015 di sini hari ini.
sumber: Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment