Masalah sampah di tempat aku! by shahrul hairy
Klik untuk besarkan gambar
Masalah sampah bukan setakat area rumah aku je. Aku rasa tempat korang pun mengalami masalah yang sama. Cumanya di kawasan aku ni, terlalu banyak sampah! Baunya jangan cakap lah, busuk yaamat! Dengan banyaknya peniaga disekitar apartment Seri Bayu, lagi lah bertambah buruk.
Gambar yang aku ambil diatas adalah pada hari Ahad. Fenomena "biasa" kalau hujung minggu, hidung aku dihinggapi bau yang busuk dari tempat pembuangan sampah ni. Dah la tempat ini berdekatan dengan kedai makan dan juga tempat parking kereta!
Kontraktor yang ambil sampah tak nampak pada hari ahad. Tak tahulah siapa punya kontraktor. PBT ataupun sub-kontraktor PBT. Ini di block A, belum lagi korang nampak di block lain kat kawasan Seri Bayu ni!
Nampaknya, aku kena ajukan perkara ni kat ADUN Pandamaran (N47) lah. Itu pun kalau diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak pentadbiran Negeri Selangor.
Aku nak hidung aku sihat!
2 comments:
Sama juga dengan Pulau Indah ni, dah lah dekat dengan kilang, hehehe
zezebel:
Ze duduk kat Pulau Indah ke? best la kan.. hohoho~
Post a Comment