Kenapa kita perlu mengeluarkan zakat? by shahrul hairy
Aku nak share dengan apa yang aku dengar pada khutbah Jumaat hari nie kat masjid. Lepas solat sunat 2 rakaat (sunat tahyatul-masjid) aku duduk serong sikit dengan mimbar.
Apa tu mimbar?
Minbar tu dalam masjid untuk khatib bacakan khutbah untuk para jemaah. Khutbah nie kira macam peringatan dan juga isu yang dibangkitkan. Selalunya isu-isu semasa lah. Tapi, setakat nie xde la pulak isu-isu politik di bawa ke mimbar masjid!
Ok, tadi khatib mengutarakan isu infak kan harta yakni mewakafkan harta di jalan Allah S.W.T. Sebagai orang islam yang sejati, wakaf dilihat sebagai 1 cara dimana PAHALA itu dapat terus-menerus sehingga hari kiamat. Itu kepercayaan kita. So, dengan kata erti kata lain, jika kita memberikan (wakaf) harta yang kita ada kepada golongan2 yang memerlukan, pahala yang kita dapat, adalah besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Dengan cara ini juga, ekonomi umat islam juga bertambah maju dan baik. Harta-harta wakaf akan diuruskan oleh 1 badan yang akan menguruskan harta-harta nie untuk kegunaan sejagat seperti pembangunan Masjid, surau2, sekolah agama dan lain2 kepentingan umat islam.
Lebih kurang cam tu lah isi pati khutbah yang aku dengar hari nie. Lain hari aku kongsi lagi apa yang aku dengar kat lam Masjid. Korang sebar2kan lah ye, sesama islam nie kena selalu peringat.
0 comments:
Post a Comment