Klang Selangor

Top blogger with lifestyle, food & Klang place!

  • Home
  • Personal
  • Social Media
  • Filem
  • Contact
    • Instagram
    • shahrulhairydotcom
    • About Me
Home All post
Starting any business is not an easy task. Without proper research and planning, the business will not survive for long. It is always important to take some time calculate, research and plan on the business you have in mind before rolling it out. One requires to have it all figured out in the mind before they even rolling it out. 

Planning is crucial for the survival of any business. Wholesale vests business is no different from all other business; it is actually a more sensitive business that the others since it are in the clothing and fashion business which is quite dynamic. Below are some few tips that may help you establish you wholesale vest business and make it thrive.




Understand your niche
After making the decision to go into the vest business, it is imperative to understand the market. For the survival of any business, there must be customers or a high demand in what you are offering. Being in the wholesale business has a special risk than in the retail business; the demand must be high for one to sell. It is therefore important to select a region that is in high demand for vests.

Obtain the relevant documents
After identifying the best location for the business, it is important that you comply with all the rules and regulations that pertain to your business. Businessmen in all levels of production will always opt for a legit business. Being in constant friction with the law about you vest business will negatively affect sales. Legalize your business for a smooth operation.

Establish contacts
The best way for a wholesale vest business to thrive is by establishing loyal contacts that will buy from you. Wholesale business requires one to have clients that will buy large volumes of goods. By having several loyal clients, it will be quite easy to move your merchandise. There are different ways that one can do this, some of the simplest and most effective ways include; attending fashion shows and clothing forums, advertise on cloth related sites or in print media. One can also use referrals through the already existing customers.

Lastly, one will need to have a storage area for the merchandise. Since it may take some sometime to sell stock, it cannot all be stored in the shops, one may therefore need warehouses to store their goods. A good warehouse in one that is large and close to the wholesale business itself so as to cut on transport cost.

Visit at Enewwholesale.com now for more information and products!




1) Diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri

bacaan lanjut: Facebook update


SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual

Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan

Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

sumber: Facebook
Gambar: Google Image
Editing: SH Network Media




Nak memiliki sebuah empayar besar perniagaan lebih-lebih lagi dalam bidang IT dan Network, bukan satu kerja yang mudah. Aku yakin dengan bakat dan pengalaman yang luas dapat memberikan penjanaan idea dan wang yang kukuh. Begitu juga hal nya dengan Facebook.

Bagaimana Facebook bermula?
Aku pasti ramai antara kalian semua yang menonton filem "The Social Network" kan? Filem yang diadaptasi dari kisah sebenar Mark Zukerberg yang membangunkan satu laman sosial yang mana, penjanaan idea masa itu adalah untuk melihat, wanita-wanita yang mana lebih cantik di antara Universiti antara kalangan mereka.

source: Google Image

Bagi usahawan, tak kira apa bidang sekalipun, perlu ada langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan untuk mengembangkan business korang ke tahap tinggi. Apa dia?

1) Idea yang menarik dan tidak streotype. Biasanya bila dah ramai yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama, apa yang boleh kita bersaing? Kualiti! Dengan kualiti, kita mampu bersaing dengan penjual yang lain

2) Channel Distribution. Kalau kita mampu untuk mengeluarkan produk sendiri, apa yang ditekankan adalah laluan untuk pengedaran produk kita. Adalah tidak strategik jika kita tidak memikirkan bagaimana cara untuk memasarkan dan megedarkan produk yang kita hasilkan.

3) Pemasaran online. Pemasaran online sekarang telah dimudahkan oleh Facebook dan ini peluang terbesar yang boleh digunakan oleh peniaga dan pengusaha untuk memasarkan produk di dalam online.





Mempunyai banyak blog adalah satu kelebihan buat blogger. Samada ianya sepenuh masa atau separuh masa. Adalah penting untuk anda sebagai seorang blogger mempunyai misi dan visi yang jelas dalm dunia blogging, khasnya di dalam pemasaran social media

Aduhh! skema tak ayat aku? HAHA! rasa tak best pulak baca blog dengan ayat skema badak cam tu. Macam baca buku laporan je.

By the way, aku nak tunjukkan pencapaian blog KlangSelangor setakat ni;

screenshot yang lama

dan yang terbaru sekali

nampak perbezaan dia?

Nak diikutkan, blog ini baru lagi kalau nak bandingkan dengan blog shahrulhairydotcom tu kan, sebab masa aku buat blog ni dulu, blog sana dah establish. Maksud?

Maksudnya, blog sana dah mula dan boleh generate money. Samada dari company advertising blogger tu, ataupun direct dari business owner. Kira advertorial la gitu.

Aku nak jual blog KlangSelangor ni sebenarnya. Sebab memerlukan dana untuk tujuan peribadi. Blog ini sesuai untuk Internet Marketer yang menjual produk dan perkhidmatan disebabkan rank alexa yang baik dan dari segi visitor juga tidak mengecewakan.

Harga? Jom wassap aku di 0123437359 boleh cerita lagi kalau nak bebetul


selamat hujung minggu!





cara-cara membuat Kopi Biji Kurma

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah



sumber: Klip Soal Jawab Agama UAI


Kurma/Tamar

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

sumber: Mukhriz Mahathir FC






Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti



Bait lagu yang terakhir tu, memang semua umat Muhammad SAW inginkan NAMAnya terpilih untuk masuk ke dalam taman-taman Syurga Allah SWT. Harapan, doa dan tawakal kepada Sang Penguasa. Aminn!



Hasan Malek

KUALA LUMPUR 4 Jun - Golongan peniaga online yang enggan mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, hukuman selaras dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 itu adalah bagi melindungi hak pengguna serta membendung aktiviti yang cenderung ke arah penipuan.
Kata beliau, penguatkuasaan tersebut juga dilihat dapat memanfaatkan golongan peniaga terutama apabila pengguna berasa yakin terhadap produk yang dibeli serta transaksi jual beli melalui online yang akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, tegasnya, kementerian tidak akan berkompromi dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap golongan peniaga tidak berdaftar kerana tempoh untuk memberi amaran sudah lama berlalu.

“Perkara itu bagi memastikan kita dapat membantu melindungi pengguna dan peniaga. Kita buat ini bertujuan mempertingkatkan kepercayaan pengguna terhadap transaksi jual beli melalui online.

“Ini kerana kerisauan utama yang membendung pengguna ada­lah soal keselamatan sewaktu membuat transaksi jual beli melalui online.

“Kalau peniaga online tiada rujukan atau pendaftaran syarikat, kalau ada apa-apa berlaku nanti, susah untuk kita mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran SSM-ONE 2015 di sini hari ini.

sumber: Utusan Malaysia



Hidangan: Kambing Perap Rembau

Aku memang suka makan kambing. Tak kisah la sup kambing ke, kambing goreng ke, kambing panggang ke semua aku suka. Lagi-lagi kambing perap. Aku ada membeli kambing perap rembau dari rakan aku, Oliey

Harga 1kilogram adalah RM40/box. Aku ingat sikit je kambingnya yang ada, boleh tahan jugak lah banyaknya. Puas hati makan 2 kali!

Kalau korang nak sedap makan, boleh buat macam aku kat atas tu. Gorengkan sikit kentang, buat coslaw then timun sikit. Terangkat beb!!

Nar order? boleh pergi kat FB pages dorang

KAMBING PERAP REMBAU




keratan akhbar

Pendapatan negara yang baru iaitu, Goverment Sales Taxes yang menggantikan cukai SST yang dikhabarkan baik untuk pembangunan negara dan juga rakyat Malaysia khususnya. Tapi, aku melihat komentar yang dilontarkan oleh rakyat marhaen di dalam social media, itu bukan satu petanda baik untuk memberi gambaran yang jelas tentang pemahaman tentang GST.

Atau mungkin, rakyat masih keliru dengan sistem yang baru?



layari: GST Malaysia Info



Kadang kita ada bakat semulajadi yang Allah berikan untuk kita guna mencari rezeki yang halal. Ada yang boleh menulis dengan baik, boleh menulis artikel untuk orang lain. Ada yang bagus dalam presentation, maka boleh buat video marketing.

Banyak cara kan nak cari duit dalam online? So, salah satu marketplace yang boleh korang "jual diri" adalah di FIVERR

Yup! Kat situ korang boleh jual kepakaran korang tu disana. Mostly orang luar negara lah, kena berbahasa English. Kalau ada orang Melayu yang nampak, mungkin korang boleh jugak offer kan?


Aku baru hantar 1 Gig (offer) dalam akaun fiverr aku. So korang boleh tengok lah apa yang aku offer kat Mat Salleh yang nak kan perkhidmatan aku. Kalau ada la, saja test market... hehe

Korang rajin nak explore, silakan...




Blog dah bersawang. Tak de siapa nak jaga, almaklum blog aku ada banyak tapi yang aktif berapa kerat aje. HEHE. Biasalah, kita bukan blogger sepenuh masa. Kalau sepenuh masa, sempat kot kan?

shahrulhairy.com je lah punca untuk aku "jual" rating.

Blog ni tak de sangat aku promote. Bagus jugak, ada sikit ruang untuk aku "bernafas" kan? HAHA, blogger2 kat luar sana, tingkatkan usaha untuk berblogging k?

Adios...

SH

Normal? Haah. Biasalah hari cuti. Semorang duduk kat rumah. Ade lebih duit, lepak kat luar rumah. itukan normal? hehe. Semalam, aku sempat lakukan aktiviti kegemaran aku dalam bilik. Belek buku A Doctor In The House (Tun M)

Best. Tapi slow.

Kenapa? aku beli versi English punya. Sebab masa aku nak beli, versi Melayu dah tak ada. Yang ada stok cuma English. Masa tu dapat BR1M pulak, ape lagi. Beli aje lah.

Dah lama simpan baru habis baca chapter 1. Bagus tajuknya. Bagaimana Tun M jadi Perdana Menteri. Sebelum Tun M, Tun Hussein adalah PM no.3. Semorang tahu hal tu.

Tun M ceritakan, bagaimana idea-idea yang dibentang kepada Tun Hussein di reject. Hampa jugak katanya. Yelah, sape tak hampa bila bentang kat boss, tapi tak diterima kan?

Tun M dapat jadi PM ke-4 setelah Tun Hussein tak boleh nak teruskan perjuangan sebab atas kesihatan yang tidak mengizinkan. Dalam UMNO, seperti Tun M kata, siapa dapat menjadi Timbalan dalam UMNO, automatik dapat jadi Timbalan dalam kerajaan.

Banyak lagi aku belum baca. Ada 61 bab lagi. Hari ni habiskan bab 2 pulak. Sementara masa masih ada =)



Agak lama aku tak ber-update kat sini. Susah gak sebenarnya nak jaga banyak blog. HAHA! Tapi bukan sebab tu je pon, aku baru je habis semester ke-8, masa tu agak terhad. Lagi-lagi time revision dengan mood exam final. ferghhh.. mendidih.

Walaupun blog ni jarang update, tapi banyak dapat BE dari Nuffnang. Kalau bloggers taw lah apa tu BE. Alhamdulilah, advertiser dari pihak Nuffnang sudi nek beriklan kat sini berbanding blog cikai yang ini. HEHE!

Malam tadi aku ada jumpa kawan among business members. Dia suka business berbentuk investment. Dia ada terangkan aku jugak apa investment dia buat sekarang. Pasal sarang burung katanya. Modal permulaan dalam RM3,300 ringgit Malaysia (rujuk: indexGB)

Aku tertarik dengan penawaran yang dibuat walaupun aku masih baru, dan paham apa yang mereka lakukan dengan duit yang bakal aku laburkan. Ada pasif dan aktif income. Mungkin korang pon berminat?

Aku update lagi nanti.




Berkenaan dengan bengkel anjuran My Coursez Consultant iaitu Social Media Development & Marketing yang dimiliki oleh aku sendiri company ini. Melalui MCC, pada tahun 2012 beberapa siri kelas/bengkel telah aku anjurkan bersama dengan beberapa badan kerajaan seperti Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda cawangan Klang.

Sebelum ini aku banyak memfokuskan kepada golongan belia dan pertengahan tentang penggunaan dan juga pembangunan sesebuah medium itu. Seperti mengajar membuat laman blog dan mini-site yang lain. 

Sekarang aku kembangkan lagi tahap dengan membuka secara terbuka iaitu sasaran yang lebih besar seperti business owner, pegawai pemasaran, yang baru hendak mengenali pemasaran online melalui social media dan lain-lain level dan position yang berkait rapat dengan bidang pemasaran.


Mensasarkan hanya 35 orang sahaja untuk bengkel kali ini. Ini kerana jika terlalu ramai, objektif dan penyampaian informasi itu kurang berkesan. Walaupun dalam size sederhana kecil, kita mahukan impak yang nyata dan jelas.

Bagaimana impak yang jelas itu?

Oleh kerana yang bakal datang kebanyakkan adalah business owner dan juga pegawai pemasaran, impak yang berkesan bila mana business networking boleh di kembangkan di dalam bengkel ini nanti. Aku yakin dengan adanya platform sebegini mampu untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang kita ada.

Selain itu, apa peserta dapat dari bengkel ini?

Aku akan berikan "kunci" kepada semua peserta. sama saja kunci yang aku berikan untuk memandu sebuah kereta. Tetapi, bagaimana anda untuk memandu itu terpulang kepada korang. Bermakna, aku akan menerangkan bagaimana dan apakah cara yang sesuai dalam pemasaran internet yang dijanakan melalui social media.

Jika sudah mahir, aku TIDAK galakkan untuk datang kerana sasaran adalah kepada yang BARU dan memerlukan pemahaman yang LEBIH untuk pemasaran online. Pelaburan RM100 cukup untuk korang mengaut segala ilmu yang dicurahkan oleh penceramah utama dan juga penceramah jemputan.

Jika mahukan butiran lanjut, boleh lawati blog MCC disini:
MCC blog- Social Media Development & Marketing

Promosi untuk bengkel ini, jika korang datang bersama group seramai 5 orang, harga untuk seorang adalah RM80 SAHAJA. Ini untuk pendaftaran dan pembayaran yang TERAWAL (sehingga 2 Februari!)

Borang pendaftaran online boleh diisi disini: MCC FORM

Jumpa korang di PKNS Biz Point 24 Februari ini. PASTIKAN korang peserta TERAWAL dalam bengkel tersebut!

speaker utama: Shahrul Shaharuddin (sini)

re-post from: SHAHRUL SHAHARUDDIN BLOG




repost by: www.shahrulhairy.com

Ya Allah...
Andai suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
berilah aku kekuatan untuk terus bersamanya.
Andai suamiku inilah yang akan membimbingku di titian-Mu
kurniakanlah aku sifat kasih sayang dan redha atas segala
perbuatannya. 

Andai suamiku ini adalah bidadara untukku di syurga-Mu
limpahkanlah aku dengan sifat tawaduk akan segala perintah-Mu.
Andai suamiku ini adalah yang terbaik untukku, peliharalah tingkah lakuku
daripada menyakiti perasaannya.

Tapi Ya Allah...
Andai suamiku ini ditakdirkan bukan untukku seorang,
KAU tunjukkanlahku jalan yang terbaik untuk
ku harungi segala dugaan-Mu.
Andai suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu, 
limpahilah padaku kesabaran untuk terus membimbingnya.

Andai suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
kurniakanlah kekuatan untuk aku perbetulkan keadaannya.

Andai suamiku mencintai kesesatan, KAU pandulah
aku untuk menariknya dari terus terlena.

Amin, amin amin Ya Rabbal Allamin...

*Doa ini baik untuk diamalkan secara istiqomah semoga mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Buku: 100 pesanan Terakhir Rasulullah (Karangkraf)




Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI 
dan NOR AZIRAN YUNUS



PEMAIN gantian, Muhammad Ramzul Zahini Adenan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan 3-2 Selangor ke atas Pahang 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bekas pemain Kelantan itu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang hasil hantaran menarik dari Shukor Jusoh untuk menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-80.

Sebelum ini penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah menjaringkan dua gol buat skuad Gergasi Merah.

Amri meletakkan Selangor di depan seawal minit kedua apabila bijak memanfaatkan hantaran rendah Solihin Kanasian sebelum pemain berusia 32 tahun itu menyumbat gol kedua selepas menolak mudah hantaran S. Veenod, sekali gus menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nordin pada minit ke-20.

Tersentak dengan dua gol tersebut, skuad Tok Gajah kembali bangkit dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan Selangor dan hasilnya, penyerang sensasi Pahang, Mohd. Fauzi Roslan berjaya merapatkan jurang apabila meledakkan gol pertama pada minit ke-24.

Kesungguhan Pahang untuk menjaringkan gol penyamaan berbaloi apabila bekas pemain Selangor, Mohd. Razman Roslan mudah menyempurnakan sepakan penalti tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bersambung di separuh masa kedua perlawanan, Pahang kembali menguasai perlawanan apabila melancarkan serangan bertali arus ke benteng pertahanan Gergasi Merah.

Begitupun, Ramzul memastikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim meraih tiga mata berharga apabila menjaringkan gol kemenangan, sekali gus membantu Selangor menghuni tangga kedua setelah mengutip sembilan mata.

Meskipun tewas kepada Selangor, skuad kendalian Dollah Salleh kekal di puncak liga setelah berkongsi mata dengan Selangor dan Lions XII dengan kelebihan perbezaan jaringan.

"Saya tetap berpuas hati dengan persembahan skuad saya malam ini. Hanya kelalaian barisan pemain saya menyebabkan pasukan kami gagal meraih sekurang-kurang satu mata," ujar Dollah kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam perkembangan yang sama, Irfan tetap meluahkan rasa kagum kepada Pahang yang menggunakan 100 peratus tenaga tempatan selain menganggap skuad kendaliannya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan sejujurnya, saya amat menghormati Pahang dengan sikap juang mereka serta menurunkan barisan pemain tempatan," kata Irfan.

Sementara itu, di Stadium Jalan Besar Singapura, Terengganu mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Lions XII.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perak hasil jaringan Mohd. Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-96.

Original link: Kosmo


Salam...

Hari Jumaat hari yang mana umat Islam bertemu di rumah Allah pada waktu Zohor untuk menunaikan Solat Jumaat berjemaah. Tajuk khutbah hari ini adalah "Meniti Usia'.

Aku cuba re-call balik.

Erm. ingat-ingat lupa pulak. ok! dah ingat.

#1- Usia yang panjang sepatutnya digunakan untuk beribadah kepada Allah.
#2- Usia adalah nikmat Allah yang patut dijaga oleh setiap umat islam.
#3- Usia merupakan salah satu cara bagaimana masa dihabiskan untuk taat kepada Allah dan Rasul

#4- Berkait rapat dengan surah berkenaan dengan masa. (Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian)

Dah. tu je aku ingat. sekian



Hello guys! just short update. Di blog utama aku sekarang sedang menjalankan satu pertandingan blog yang aku buat KHAS untuk blogger-blogger Malaysia yang ada blog untuk menyertainya. Ikut lah macam mana korang nak update, idea yang menarik dan sebagainya, seperti apa yang dipinta dalam syarat-syarat.

Hadiah? makan di Nandos Setia City Mall, Selangor. Kalau rasa-rasa dah lama tak update blog, why not ambil peluang ni kan? HEHE!

lihat disini: Shahroll Nak Belanja blogger makan!

semoga berjaya guys! waiting post from y'll =)

Subscribe to: Comments ( Atom )

current topic

Recent Posts Widget

Popular Posts

  • The NEW CLUB! Satria Neo CPS had raise up! by shahrul hairy
    Just arrive at home. My friend, Shari or knowing as "ice" ask me for accompany he for meet up session with this club. Meet up at T...
  • Never come to General Market (GM) @ Klang? by shahrul hairy
    Last week, i had brought my family to General Market (GM) that in front of Jaya Jusco at Klang. This for my second time to came here but for...
  • Program Youth Blog (Y-Blog) @ Kompleks Rakan Muda, cawangan Klang by shahrul hairy
    Assalamualaikum wbt, Salam 1 Malaysia... Maaf pada yang menunggu-nunggu posting ini. Agak terlewat untuk saya post sebab banyak kerja-k...
  • About WikiLeaks
    Hello people.. Do you heard about Wikileaks ? This website (was close already) about "secret" agenda U.S of diplomatic cables. ...
  • Blog makanan: Makan-makan, jalan-jalan terbaik! by shahrul hairy
    Menjadi blogger makanan memang tidak semua blogger mampu lakukan. Hal demikian kerana, bukan semua blogger pandai untuk meng-review makana...
  • UiTM Convocation 74 Dewan Agung Tuanku Canselor by shahrul hairy
    Hey guys! Bermula 12 hingga 20 May , konvokesyen di UiTM Shah Alam bermula. Sesak. Penjual bunga dah ramai. Pergi kerja kena awal. Nai...
  • 360 degree view at my house by shahrul hairy
    Tell me, what you can describe about environment at your house? it is messy with rubbish, lack of car park or uncomfortable with traffic jam...
  • fiverr: All in one for Internet Marketing marketplace!
    Kadang kita ada bakat semulajadi yang Allah berikan untuk kita guna mencari rezeki yang halal. Ada yang boleh menulis dengan baik, boleh men...
  • Nurul Zakiah Hidayah Azman, HILANG! by shahrul hairy
    KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis ...
  • What is BFF? can you tell me WHAT is it ACTUALLY?
    just hiasan.. Semua orang ada kawan . Tak kisah la kawan perempuan (kawan perempuan tak semestinya AWEK) or lelaki, sebab berkawan tu dah ...

Followers

My Blog List

  • Shahrul Shaharuddin Daily Diary [Life Journal]
    Kemahiran baru semasa PKP? by shahroll - As salam, hello readers... Salam Ramadhan ke-10 hari ini dan aku ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk edisi 2020. Tiada perhimpunan, tiada jamuan setakat ini...
    5 years ago
  • Blog Kerepek Pisang Tanduk Laila Crispy Chips & Taste
    Kerepek murah dan sedap - Kerepek Laila Crispy Chips & Taste (LCCT) Ramai yang mencari kerepek yang murah. Kenapa nak murah? sebab boleh re-packing kembali dan jual dengan kuantiti...
    10 years ago
  • Klang Selangor
    10 pekara yang wajib dilakukan seorang bapa selepas kelahiran anaknya - 1) Diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri bacaan lanjut: Facebook update
    10 years ago
  • Training | Workshop | Class
    Personal Coach: Mempelajari teknik membina Blog Perniagaan bersama Shahrul Hairy - *Pengisian:* #1- Membina / Mengubah blogspot ke tahap "*Advance*" #2- Pengenalan terhadap SEO dan SERP #3- Kaedah untuk mengukur tahap keberkesanan blog #4...
    13 years ago
  • SH iMAGE PRODUCTION
    Wedding photography : SH iMAGE services 2015 - Untuk tempahan, boleh mengisi borang di BORANG TEMPAHAN (Facebook page SH iMAGE) dan email akan dibalas dalam masa 24 jam jika tidak, anda boleh menghubung...
    13 years ago

Total Pageviews

Copyright 2014 Klang Selangor.
Blogger Templates Designed by OddThemes