Laporan Berita Harian hari ini. Terkejut. Aku berfikir. Bagaimana seorang Ahli Parlimen boleh jatuh muflis ya?
Petikan laporan;
Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.
Gambar Hiasan: Google
Read more: Berita Harian web