Home
Archive for
April 2012
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Foto oleh: AZMAN GHANI
PELABUHAN KLANG: Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.
Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program ‘Teach For Malaysia (TFM) Week’ di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.
Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.
“Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.
“Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.
Lisa dan suaminya Yusry meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1 Usaha SMK Pendamaran Jaya, Nurul Syafiqah Mohd Nizam (duduk, kanan) dan Kristy Ann.
Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.
Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.
Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013. – BERNAMA
sumber: Neelofa Info blog
sumber gambar: HERE
Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.
Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.
Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?
Saksikan sebuah lakonan mantap Remy Ishak sebagai Budi, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.- Sumber: HERE
Utusan Malaysia review: 29 Februari filem 3D Melayu pertama
Menjadi satu kewajipan dalam kehidupan bila anda telah mendirikan rumah tangga keinginan untuk membeli sebuah rumah untuk didiami bersama pasangan adalah sangat tinggi. Maka dengan itu, pelbagai usaha telah dilakukan dalam pencarian rumah yang terbaik untuk dibeli.
Anda boleh melihat di dalam surat khabar yang memaparkan pelbagai pilihan rumah samada rumah baru mahupun rumah lama. Di dalam website juga banyak pilihan yang tersedia ada dalam laman web hartanah.
Menyedari potensi ini, Hartanah Selangor menyediakan pilihan kepada para pembeli melihat sendiri kawasan perumahan yang menjanjikan kepuasan di tahap yang terbaik.
Antara yang menarik perhatian penulis adalah;
lihat di SINI
Jika berminat lebih lanjut tentang pembelian rumah dan ingin kan khidmat nasihat secara PERCUMA, boleh menghubungi specialize negotiator seperti business card di bawah ini;
Facebook Page: https://www.facebook.com/hartanahselangor
twitter: @HartanahSLGR
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)